"NIAT IKHLAS UNTUK BEKALAN KE SYURGA"
MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK ANDA MEMBANTU HAIWAN TERBIAR!
Sebagai masyarakat di Malaysia kita dituntut untuk melakukan kebaikan kepada kesemua makhluk. Ia merangkumi juga tuntutan untuk berbuat baik kepada haiwan.
Kata Syeikh Abd al-Rahman bin Nasir al-Sa’di :‘’Maka termasuklah antaranya berbuat ihsan kepada semua kategori manusia,dan juga kepada haiwan-haiwan. Sehinggakan pada saat ingin menyembelih haiwan juga dituntut (untuk berlaku ihsan)’’.
Maka menyakiti dan berbuat kezaliman kepada haiwan-haiwan tanpa sebarang yang dibenarkan oleh syarak adalah haram hukumnya. Bahkan pengabaian dalam hal ini boleh menyebabkan seseorang itu ditempatkan ke dalam neraka.
Pertubuhan Bantuan Haiwan Prihatin menceritakan kesedaran membantu haiwan dalam kesusahan.
Pertubuhan BHPrihatin mengajak semua daripada kita memilih satu jenis haiwan sama ada kucing, anjing, musang, monyet atau apa jua binatang menjadi matlamat untuk diselamatkan. Mulakan dengan sekecil-kecil usaha dari diri kita sendiri. Rakyat Malaysia ada 30 juta orang. Setiap orang dari kita rakyat Malaysia menyelamatkan dua ekor haiwan seperti kucing dan anjing akan membantu nyawa sebanyak 60 juta ekor. Mulakan sekarang!
Kepada yang mahu menyokong Pertubuhan BHPrihatin dalam usaha untuk membantu haiwan tapi tak ada masa.Boleh menyumbang sejumlah wang bagi menjayakan bantuan-bantuan haiwan ini. Tanpa bantuan orang ramai,usaha Pertubuhan BHPrihatin amat terhad.
Hati mana tak sedih apabila melihat haiwan yang dalam kelaparan dan dengan penyakit yang mengancam nyawa.
Sesiapa sudi membantu walau jumlah sedikit pun tidak mengapa, ianya sangat dihargai Pertubuhan BHPrihatin memerlukan dana untuk makanan, kos ubat-ubatan, kos rawatan kucing/anjing terbiar, dana aktiviti kesukarelawanan dan dana pembinaan pusat perlindungan haiwan yang terbiar.
Bagaimana anda boleh membantu?
Untuk memudahkan saudara/saudari menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:


Bantuan anda semua amat besar nilainya buat Pertubuhan Bantuan Haiwan Prihatin . Semoga bertambah pahala dan rezeki tuan/puan.

